Tuesday, May 25, 2010

Life and dead..

As salaamu a'alaikum...!

Yesterday was my birthday..the 30th b'day..huhuhu...30 oredy..i'm getting older! But not too old yet .. hehe.. So , during my birthday..there was a Tiramisu cake( my fav), KFC and A&W Float for the celebration. Thanks a lot to my beloved hubby. Tapi celebrate kat umah aje..with the family. Seronok anak2 pun celebrate and wish my b'day jugak. Alhamdulillah, di usia 30 tahun ini, aku telah dikurniakan 3 orang anak. Rasa teramat bahagia berada disamping suami dan anak2 tercinta. Bersyukur tak terhingga kepada yang Maha Esa..yang telah meminjamkan padaku anak2 dan suami..yang membawa bahagia dan kesempurnaan dalam hidupku.

Bila usia dah menjagkau 30-an ni.. banyak benda yang kena improve..especially hubungan dgn yang Esa. Kena lah lebih banyak buat amal ibadah..selama ni buat yang wajib aje. Nak tambah lagi amal ibadah..yang sunat2 tu..tambah dgn solat2 sunat pun tak ape lah. Azam baru ku pasni, at least once a week buat solat tahajjud. Dah lama sgt tinggal kan solat tahajjud ni..dah liat nak bangun malam. Kalau dulu masa zaman bujang, rajin jugak bangun malam buat solat ni. InsyaAllah pasni nak kena lawan si setan2 yang dah bertenggek2 ni..kasi berat bangun malam..huhu..

Yang kedua..azamku pasni nak buat solat sunat Dhuha setiap hari.. Selagi aku ada kat rumah ni, tak kerja, pagi2 kat umah ni ambik masa buat solat ni. Solat ni lah yang paling aku tak pernah buat. InsyaAllah, aku akan berusaha mencapai azamku ini. Umur semakin tua, seronok2 celebrate birthday, jangan lupa pada yang menciptakan kita. Rumah kata pergi, kubur kata marii!!!! Terfikir bila agaknye aku mati??? Sudah bersediakah aku menghadapi mati? Whatever it is, whatever happiness or sadness we experienced in life, Islam menganjurkan umatnya supaya mengingati mati. Kematian tidak boleh dipisahkan dari manusia, ia tidak mengenal sesiapa dan apabila ia telah sampai, tiada sesiapa pun yang boleh menolaknya.

Ulama' menyebut, orang yang banyak mengingati mati ni dimuliakan 3 perkara iaitu;- dia akan segera bertaubat kpd Allah, dia akan merasa cukup dgn apa yang ada padanya dan dia akan rajin mengerjakan ibadah. Begitu lah sebaliknya, jika seseorang itu lupa dari mengingati mati, dia akan lupa untuk bertaubat kpd Allah, sentiasa tak redha dgn ape yang ada padanya dan sentiasa malas untuk mengerjakan ibadah. Bila kita fikirkan tentang kematian ni, akan rasa takut sgt2..sbb tu lah daripda rasa ketakutan yang teramat sgt tu, kita akan bertaubat,redha dan rajin beribadah. Betul tak? Tapi itulah yang aku rasakan setiap kali memikirkan tentang mati.

Cakap pasal mati ni, semalam sahabat karibku Yaya telah kehilangan kakak kesayangannya. Di harap kawan ku sabar dan redha dengan dugaan Allah ini. Al-fatihah untuk arwah..
Sesunngguhnya yang hidup pasti akan mati. ~Renungkanlah sejenak~

ma'a salaama.

Thursday, May 20, 2010

ana ummi...

As salaamu 'alaikum...!

Susah jugak nak create blog ni kan... actually tak berapa banyak ilmu sangat pasal blogging ni..ape nak tulis??? Dah le tak reti nak menulis ayat2 yang cantik...hurrmmm....merapu aje lah..!
Setakat belajar writing masa belajar tu ade lah...heheheh...:)
Tapi rasanye takpe lah kan...untuk permulaan lihatlah hasil tulisanku ini.

Ana ummi...maksudnye saya ni ummi lah. Saya seorang ummi kepada 3 orang anak yang kesemuanye lelaki. Sometimes ada kawan2 kata..wah supermom lah kau ni ek..3 heroes tuh!!
Hahaha..aku kata ye lah...mesti lah kena jadi supermom..the supermom ummi!

Kenapa nak berblog pulak ?? actually pernak jugak buat blog before this..tapi cuma sempat buat 2 entry pastu terus tak de entry..sampai sekarang ni langsung dah lupe dah login id blog tu.. tu lah..time tu busy ..tgh study ..skarang ni tak de ape nak buat. Maklumlah..tengah tunggu posting...

Posting?? Yup..actually sekarang ni aku tengah tunggu posting cikgu. Aku baru je habis DPLI..Alhamdulillah..walaupun banyak dugaan..akhirnya aku berjaya jugak habiskan study aku tu. At last dapat jugak aku jadi cikgu..InsyaAllah.. inilah doa kedua orang tua aku...dorang nak sangat aku jadi cikgu. Dulu degil..tak nak dengar nasihat orang tua. Sekarang baru tau..bagus jadi cikgu ni..banyak masa boleh spend dengan family. Aku beralih arah nak jadi cikgu ni pun sebab tak larat kerja kat office yang banyak sangat komitmen nye. Penat sgt2 masa tu! Meruntun jiwa ni...mana taknye, keluar gi kerja pagi2 lepas subuh..balik kerja dah nak masuk isya'. Memang teramat tak bahagia nye masa tu. Kesian kat anak2 pun satu hal lagi. Yelah..dorang tgh tidur lagi dah kena angkut gi nursery, balik umah dapat main2 kejap dgn dorang pastu dah tido. Tapi selalunye..tak de masa nak main2 dgn dorang. Kalau dah balik umah..aku ni sibuk pulak dgn urusan kerja rumah.. nak basuh kain, jemur kain, lipat kain, gosok baju, nak masak lagi.. HUH! cube lah bayangkan.. mmg rasa nak menjerit pun ade jugak. Tapi sabar je lah.Time weekend aje lah masa untuk main2 dgn anak2..

So sekarang ni..dah dapat jadi cikgu dah tak lama lagi..tapi tak tau lagi lah bila posting nye. Doa2 kan lah semoge posting cepat. Tapi duk kat umah ni pun best jugak..jadi homemaker kan...heheh..mmg lah best!
Dah duk kat umah ni..hari-hari fikirkan menu nak masak ape untuk anak2 dan suami. mengemas tu of course lah kan. Selain tu ape lagi nak buat? bila anak2 dah makan, dah solat..dorang dah relax2 tgk Channel Cartoon dan yang si kecik tu pun dah tidur, time ni lah aku nak berblogging..

So..today I launch my new blog!

ma'a salaama.