Monday, June 21, 2010

Apakah itu Disleksia??

As salaamu 'alaikum..!

Hye...i'm back!! Okey..untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai DISLEKSIA. Ape Disleksia tu? Mungkin ada yang masih tak tahu apa itu disleksia. Sebenarnya..apa yang saya tahu, disleksia ni adalah sejenis penyakit bagi kanak2 yang tak boleh membaca. Saya telah mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang disleksia ni bila saya menyedari yang anak sulong saya (Haris) masih tak dapat mengeja dan membaca..walaupun dah bersekolah tadika hampir setengah tahun. Itu yang membuat saya tersangat risau dan mula mencari maklumat mengenai kanak2 yang bermasalah membaca ni. Mari kita lihat apa dia Disleksia, apakah ciri2 kanak2 Disleksia dan apakah masalah kanak2 Disleksia ni... jom tengok!

Apa itu Disleksia?
- sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku
- kanak2 Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun telah berusaha bersungguh2 dan mereka mempunyai intelek yang NORMAL
- perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
- mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja & mengira.
- kanak2 lelaki lebih ramai mengalami disleksia daripada kanak2 perempuan.

Apakah ciri2 Disleksia?
1) Di peringkat pra sekolah mereka mungkin:-
~ lambat bertutur
~ mengalami kesukaran sebutan atau rima
~ sukar menulis nama sendiri
~ payah mengenal bentuk atau warna
~ sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
2) Di alam persekolahan kanak2 Disleksia mungkin:-
~ Gagal menguasai tugasan sekolah spt membaca, menulis, mengeja atau  mengira
~ Tidak suka membaca & mengelak dari membaca di kelas
~ Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) spt 15 dgn 51, 'was' menjadi 'saw' & 'd' dgn 'b'
~ kurang koordinasi spt sukar mengikat tali kasut
~ keliru dgn konsep masa spt semalam, hari ini dan esok
~ kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
~ selalu tersalah letak atau hilang brg atau kerja sekolah.

Masalah lain yang mungkin dialami kanak2 Disleksia:
~ salah sangka dan digelar sbg malas, bodoh & lembab
~ mengalami rasa rendah diri
~ Jika mereka tidak dpt dikenalpasti dan tidak mendapat bantuan di peringkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi spt kemurungan, masalah tingkahlaku spt melawan, kecelaruan tinglahlaku & rendah pencapaian akademik menyebabkan keciciran sekolah.

Walaubagaimanapun, mereka  ini mempunyai keistimewaan juga. Terdapat beberapa orang ternama yang juga mengalami masalah Disleksia spt saintis Albert Einstein, artis Leornado D' Vinci, pelakon Whoopy Goldberg termasuklah ahli politik Lee kuan Yew.
Ramai diantara mereka yang berimaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut/dimensi serta bijak dalam kemahiran tangan dan sukan.

Jadi, untuk menjamin masa depan yang cemerlang bagi kanak2 Disleksia ni, ibubapa terutamanya mestilah :-
- bantu anak2 ini bina keyakinan diri
- rawat penyakit lain yang mungkin berkait spt hyperaktif dan kurang daya tumpuan
- pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui terapi pertuturan, latihan pendengaran dgn bantuan komputer & pendekatan pelbagai deria iaitu menggunakan deria lain dalam pembelajaran spt pendengaran,sentuhan, pergerakkan bibir dan menulis huruf atau perkataan.
- bantu anak menguasai maklumat secara beransur2
- pengulangan semasa belajar (konsep ajar berlebihan)
- gunakan video atau kaset semasa pembelajaran
- program pemulihan khusus

Itulah maklumat mengenai Masalah Disleksia dikalangan kanak2 ni. Kalau sesiapa yang mempunyai anak especially anak lelaki ..rajin2 lah uji kebolehan mereka mengeja, membaca dan mengira..untuk mengenalpasti samada anak anda mengalami masalah ini.

Nak sambung cerita, lepas saya tahu pasal Disleksia ni secara terperinci, saya dengan tidak membuang masa telah mencari maklumat bagi program2 atau buku2 yang boleh membantu saya mngajar anak saya membaca.
Dan..saya telah temui siri bacaan "Bacalah Anakku". Saya ajar Haris membaca bermula dgn buku 1 sehingga lah hari ini dia dah sampai buku 7. Alhamdulillah..progresnya sangat cepat. Dalam tempoh 2minggu, Haris dah boleh membaca. Tapi saya memang menggunakan konsep ajar berlebihan tu..tiap2 hari dari jam 2 lepas dia solat zuhur tu..sampai lah jam 6 ptg.. sepanjang cuti sekolah aritu.
Banyak lagi yang saya nak ajar dia lepas ni..dan masa saya mmg banyak tertumpu pada dia.
Persoalan yang ayah Haris selalu timbulkan..adakah Haris bermasalah Disleksia???? Ayah dia kata..Haris boleh baca Iqra..dan dah sampai Iqra 4 dah pun..takkan lah Disleksia? Hmm...saya pun tak pasti, tapi bila baca ciri2 tu..ada beberapa perkara yang ada pada Haris spt keliru antara 'd' dgn 'b', keliru dgn konsep masa (semalam,hari ini atau esok) dan tidak suka membaca..hmmm...so, mcm mane tu? Tapi Haris tak ade masalah dlm menghafal. Takpelah Haris..Ummi sentiasa berdoa dan berusaha membantu Haris sampai berjaya. InsyaAllah..

ma'a salaama.