Wednesday, November 24, 2010

Pembaziran yang sering di lakukan manusia..

Assalaamu'alaikum...!
Secebis peringatan untuk semua..


Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.




Semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan.
ma'asalaama.

Thursday, September 23, 2010

Raya raya raya...

As salaamu 'alaikum...!

Alhamdulillah, kerana dipanjangkan usia...raya tahun ni masih berpeluang berkumpul bersama keluarga yang semuanya dalam keadaan sihat walafiat..baik belah hubby juga belah keluargaku sendiri..alhamdulillah. Raya pertama this year kat belah hubby @ kg.datuk keramat,kl. Memang meriah...walaupun takde ketupat, cume nasi impit sebagai pengganti, tp rendang ibu mertuaku sudah cukup membangkitkan kemeriahan pagi raya. Tambah2 dengan tema warna kuning nye lagi...bertambahlah meriah.Satu keluarga berbaju kuning..ceria! Di pagi raya mcm biasalah..aktiviti bermaaf-maafan bersama keluarga. Lepas tu berjalan2 ke rumah sanak saudara sampailah ke malam. Memang seronok!
Raya kedua, awal2 pagi bertolak balik ke kg rompin pulak. Seronoknye dapat berkumpul satu keluarga, semua ada. Tahun ni berlainan dari tahun2 sebelumnye sebab kali ni raya tak balik ke muar. Raya ke-4 bergerak ke KL menziarah satu2 nye nenek di rumah Maklong kat Balakong. Then beraya ke rumah sedara-mara kat bangi pulak..seronok dpt jumpe sepupu yang dah lama tak jumpe.
Bersyukur pada Allah..di atas nikmat yang di kurniakan. Semoga di panjangkan usia dan di beri kesihatan kepada seluruh keluarga tercinta..dan dapat beraya bersama lagi tahun depan.

Meh layan gambar pulak..

Us @ Kg.Datuk Keramat..


Here the gents in the house...

My parents in law with the grandchildren...


Us @ Kampung Rompin with my beloved ayah & mak..

Members of the house...@ rompin.

Tune of my little boy in the morning feast.

Bermacam ragam anak-anak di hari raya, lebih2 lagi yang si kecik tu. Tapi itu lah yang lebih memeriahkan suasana.

That's all folk about a little bit of my hari raya.
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.

ma'a salaama.

Enhanced by Zemanta

Wednesday, September 8, 2010

Aidilfitri menjelma lagi..

As salaamu 'alaikum...!

Diam tak diam dah tinggal sehari lagi Ramadhan..dan menjelma lah Syawal, dimana semua umat Islam menyambut Aidilfitri. Kita rasa seronok sebab dah nak raya..especially si anak-anak kecil. Persiapan raya semua dah ready..baju baru, kasut baru, tudung baru, rambut baru, kain samping baru, langsir baru, sofa baru, dinding umah cat baru..pendek kata serba serbi semua nak tukar pada yang baru. Serba serbi nak nampak baru, cantik, bersih & berseri. Yang tak beli perabot baru tu pun.. menambah cantikkan perabot lama..kasi syelek sikit biar nampak kilat, nampak baru. Memang seronok menyambut raya..lebih2 lagi yang dapat tukar semua dgn yang baru..kan?

Tapi dalam2 sibuk2 membuat persiapan raya ni.. terfikir pulak tentang Ramadhan yang akan meninggalkan kita. Sayu & sebak pulak..yelah..rasanye tak cukup lagi amal ibadah di bulan Ramadhan ni..dia dah nak pergi. Selalu terfikir, adakah aku akan berjumpa lagi dgn Ramadhan tahun depan? Adakah semua amal ibadah ku di bulan Ramadhan ini di terima Allah? Kalau di fikirkan betul2..mmg bergelinangan air mata.  Ramadhan yang penuh dgn kebaikan , yang penuh dgn syafaat..belum puas berada di dalamnya. Ya Allah, panjang kan usiaku..supaya aku dapat meningkat amal ibadah kepada Mu, supaya aku dapat bertemu dgn Ramadhan Mu di tahun hadapan..Ameen.

Bila semua sibuk nak yang serba baru bila nak raya ni, cuba fikirkan..adakah diri kita sudah bertukar kepada yang baru & yang lebih baik? Adakah kita sudah memperbaharui baju iman kita? Adakah kita sudah melaksanakan seluruh perintah Nya dgn baik? Adakah hati kita sudah bersih? Adakah diri kita sudah bersih  suci untuk bertemu dengan-Nya?

Inilah perumpamaanya..kalau kita sudah beramal ibadah, harus di perbaiki lagi..jika kita rasa diri kita sudah beriman..harus di pertingkatkan lagi. Kehidupan kita bukan di dunia sahaja, tetapi yang lebih abadi adalah di akhirat nanti. Ramai di antara kita yang memperhambakan diri kepad dunia..tetapi tidak memperhambakan diri kepada DIA, yang lebih cintakan dunia daripada cintakan yang ESA.

Berbagai cara untuk kita memperbaharui diri & iman kita sebagai hamba Allah. Salah satunya dgn banyak melakukan muhasabah diri. Selain itu, rasakan &  fikirkan tentang keagungan & kebesaran Allah, banyakkan berzikir, mencari ilmu syari'at, mempelbagaikan amal ibadah dan sebagainya.

Dengan merasakan cintakan Allah yang lebih utama, InsyaAllah kita akan merasa cukup dgn apa yang kita miliki. Jangan terlalu mengikutkan nafsu untuk mengejar dunia, berlumba2 untuk menjadi yang paling cantik pada hari raya, berlumba2 untuk mencantikkan rumah dan sebagainya. Tetapi alangkah lebih baiknya jika kita berlumba2 untuk mencantikkan iman & diri kita sebagai hamba- Nya.
Semoga kita semua mendapat lindungan dari -Nya dan memperoleh rahmat dari -Nya. Semoga kita mencapai kejayaan di dunia & akhirat.

Salam Aidilfitri untuk semua..maaf zahir & batin.

ma'a salaama.

Wednesday, September 1, 2010

31st August & Merdeka..

As salaamu 'alaikum...!

Bersempena dgn tarikhn 31st August tu...terselit seribu satu kenangan. Itulah tarikh ulangtahun perkahwinanku yang ke -7 pada tahun ini. Tiada ape2 sambutan istimewa sempena anniversary kali ni..takde kek, takde honeymoon, takde present...yang ade hanya doa yang dipanjatkan ke hadrat Illahi..moga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat dan moga kami beroleh rahmat & barakah Allah dalam hidup berkeluarga kami ini. Semoga kami dapat melahirkan anak2 yang soleh & berjaya dunia akhirat. Itu je yang aku harapkan. Insya-Allah..semoga do'a ku ini didengari & di terima oleh-Nya. Ameen...

Bersempena dengan tarikh yang sama, negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 pada thn ini. Semoga negara kita terus aman & makmur.
Bila sampai hari kemerdekaan ni..semua org melaungkan "merdeka!merdeka!merdeka!". Tapi adakah kita cukup memahami erti kemerdekaan yang sebenar? Ya, negara kita mencapai kemerdekaan..bebas dari penjajah. Bagaimana pula dengan diri kita? Adakah diri kita ini telah merdeka? Adakah diri kita telah merdeka dari belenggu dosa, merdeka dari penjajahan hawa nafsu, merdeka dari penjajahan iblis & syaitan dalam diri kita? Mungkin kita terlepas pandang kemerdekaan diri dari sudut yang saya sebutkan tu.
Hanya dengan bermuhasabah..kita akan dapat mengenalpasti di mana diri kita sekarang.

Bagaimana untuk memerdekakan diri dari belenggu dosa? Sudah pasti dgn taubat nasuha, dan melaksanakan semua perintah Allah dgn sebenar2nya. Sebagaimana yang kita ketahui, setiap manusia di lahirkan adalah suci tanpa dosa. Dosa itu datang daripada pengaruh2 dari berbagai2 jenis semasa kita membesar selepas baligh.
Bagaimana pula dgn belenggu jajahan hawa nafsu? Jangan biarkan diri kita di jajah nafsu yang berbagai2..terutamanya nafsu untuk memiliki semua yang ada di dunia ini..kemewahan, kebendaan, pangkat & nama..sehingga melupakan tanggugjawab kita pada yang Esa. Contohnya..berkejar2 siapkan kerja dunia, berseronok2 dgn kesenangan yang di raih..sehingga sanggup meninggalkan solat ..membiarkn waktu solat dari satu waktu ke satu waktu berlalu begitu sahaja..tanpa rasa bersalah & segan silu. Inilah fenomena yang sering saya lihat.Sedarkah kita yang memberi nikmat itu adalah Dia? Wajarkah kita melupakan Dia yang memberikan segala2 nya kepada kita? Menyedari kesalahan ini..lekaslah bertaubat dan melaksanakan seluruh perintah Allah dgn sebenar2nya.
Bagaimana pula memerdekakan diri dari jajahan iblis & syaitan..yang sentiasa menggoda manusia melakukan kejahatan dan menyesatkan manusia. Hendaklah kita mentaati segala perintah Allah dan sentiasa meng-Esa kan Allah. Sentiasa berdoa memohon perlindungan ALLAH dari godaan syaitan. Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada gangguan syaitan adalah dgn membaca Surah An-Nas, Surah Al-Falaq, Surah Al-Ikhlas & Al-Kafirun setiap hari selepas solat atau sebanyak yang boleh. InsyaAllah..dgn usaha, ikhtiar dan bertawakal kpd Allah, hidup kita akan terhindar dari perkara buruk dan dilindungi Allah.



Dengan penghayatan Islam yang mendalam, meningkatkan keimanan & ketaqwaan kita kepada Allah..InsyaAllah kita akan mencapai kemerdekaan diri yang sebenar dan mencapai kejayaan di dunia & akhirat.

ma'a salaama.

Tuesday, August 17, 2010

Seminggu sudah...

As salaamu 'alaikum...!

Alhamdulillah...dah genap seminggu kita bersama Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu...pejam celik pejam celik dah seminggu dah..kan? Semoga ibadah puasa kita diterima Allah..begitu juga dengan amal ibadah yang lain di bulan yang mulia ini.. sangat mengharapkan keredhaan Allah dalam hidupku, sangat mengharap Allah menerima segala amal ibadahku yang sedikit ni di bulan mulia ini.. sayu pulak tiba2..huhu..


Ibadah puasa ku kali ini sedikit berbeza dari yang lepas2..sebab Haris anakku yang sulung di latih puasa bersama. Alhamdulillah..nampaknye setakat ni tak sukar untuk melatih dia berpuasa. Kadang2 tu ade jugak merengak lapar..tapi bila di suruh berbuka tak mau pulak. Kuat juga semangat dia nak berpuasa. Masa hari pertama puasa, Haris demam..kesian tengok dia. Di suruh puasa..nak jugak dia berpuasa..walaupun dalam keadaan badan demam panas.. Tak sampai hati tengok dia..bibir kering, melepek atas katil..suruh dia minum air..dia menolak. Ayahnya kata tak apalah kalau dia yang nak berpuasa. Inisiatif lain nak bagi badan dia sejuk..kerap basahkan kepala dia je lah..tapi satu hari tu memang terbaring je lah..nak cakap pun tak larat.

Walaupun Haris hanya berusia 6thn, belum wajib bagi dia untuk berpuasa..tapi sebagai parents..kita haruslah melatih anak2 kita..menjalani hidup sebagai umat Islam. Pepatah kata..alah bisa, tegal biasa.. Kalau tak biasakan..sampai masanya dia wajib berpuasa..tak biasa pulak nak berpuasa. Masalah tu kan..? Memang lah kesian...tapi kita mendidik macam tu pun kerana Allah. Betul tak? Ramai parents yang dah melatih anak2 berpuasa sejak umur 6 tahun lagi. Aku dulu kecik2 pun macam tu jugak..

Tapi Haris ni..bukanlah bersahur macam time kita bersahur..pukul 5 a.m. Aku suruh dia bangun sahur pukul 6.30-7.00 a.m. So, takdelah cepat sangat dia rasa lapar..tapi buka ikut standard time lah..sampai waktu baru buka. Kira okeylah..tak susah sangat nak latih anak berpuasa sebenarnya..kalau kita sendiri kuat..rajin memberi motivasi dan kata2 semangat. Bagi aku, tidak pernah berfikir untuk memberikan ganjaran kebendaaan seperti sehari puasa dapat seringgit..atau yang lain2. Apa ynag aku lakukan.. selalu mengingatkan Haris dengan ganjaran2 yang Allah berikan kepada umat-Nya yang menjalankan perintah-Nya. Banyak ingatkan dia tentang syurga neraka. Bagitau dia..dengan berpuasa ni..dia telah menjalankan rukun islam yang ke-3 sebagai orang Islam..dan hanya Allah yang akan memberikan ganjaran kpd dia. Berulang kali ingatkan dia benda2 tu semua..mungkin itu yang membuatkan Haris bersemangat untuk terus berpuasa. Selalunya setiap satu hari Haris berjaya berpuasa, aku akan memeluk erat Haris dan cium dia banyak2 kali..sambil mengucapkan syabas, tahniah kerana berjaya berpuasa hari ni..dan bagitau dia sekali berapa hari dia dah berpuasa. Bagitau dia..ibadah puasa yang dia buat ni Allah bagi pahala dan syurga. So, itu lebih membakar semangat dia untuk terus berpuasa..Semoga didikan ummi ni meresap dan kekal dalam jiwa sanubari Haris..

Sambung pulak cerita pasal Tawfeeq ni..yang sibuk jugak mengaku berpuasa. Walaupun sebenarnya tak puasa..yelah baru 4thn. Tapi di sebabkan dia tengok abang dia puasa..dia pun tak mintak makan. Biasa dia bangun pukul 10 a.m, siap mandi..bagi dia minum milo, bagi nasi sepinggan. Tak lama pastu..bagi pulak dia susu..biasalah..masih menyusu botol lagi Tawfeeq ni. Pastu dah kenyang dah..bagitau dia..lepas ni tak boleh makan lagi tau..puasa. Dia okey je..takde mintak2 makan lagi dah. Cume kalau terasa lapar tu dia makan kurma je..susu pun tak mintak. Selalu satu hari berapa kali nak menyusu. Tapi bila ummi ni dah pesan puasa agaknya..dia pun tak mintak ape2 dari ummi nye. Pandai2 lah dia melayan diri sendiri..makan kurma..minum air masak..heheh.. Makan kurma sampai segenggam..kenyang lah jugak kot. Tapi bila ayah nya balik dari pasar ramadhan..dia lah yang serbu dulu makanan2 yang dia berkenan.. mcm tu lah si Tawfeeq ni.

Moral of the story...melentur buluh biarlah dari rebungya..kita yang mencorakkan hitam, putih atau berwarna-warni nya anak2 kita. Semoga kita berjaya mendidik anak2 kita ke jalan Allah.

Semoga Haris berjaya untuk meneruskan ibadah berpuasa ni sampai cukup sebulan..dan semoga kita semua berjaya menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keberkatan. InsyaAllah..

Selamat beribadah!

ma'a salaama.

Monday, August 9, 2010

Ah Lan Wa Sahlan Yaa Ramadhan...

As salaamu 'alaikum...!

Alhamdulillah..tahun ni dapat lagi bertemu Ramadhan ..bulan yang di tunggu2 kedatangannya. Musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan bagi orang2 yang berpuasa ini telah pun tiba..di mana setiap detiknya dipenuhi keampunan dan keberkatan. Begitulah istimewanya bulan Ramadhan ini.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat diriku ...semoga semua amalan puasa dan amal ibadah ku pada bulan mulia ini di terima Allah swt. Semoga diriku di kurniakan rahmat, keberkatan serta keampunan-Nya.

Tahun ni Haris dah 6 tahun..dan tibalah masa untuk melatih dia berpuasa. Semoga diberikan kekuatan kapada ku dalam melatih anak ku berpuasa bersama. Tak pernah lagi dia berpuasa sebelum ni. Harap2 Haris kuat dalam menjalani ibadah puasa yang pertama baginya ini...


Sebagaimana yang kita semua tahu, Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan merupakan penghulu segala bulan. Kenapa ye? Sebabnya..pada bulan inilah Allah s.w.t menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan disamping itu juga..dalam bulan Ramadhan ni terdapat satu malam yang digelar 'Lailatu Qadar'.
Tidak ditetapkan bila berlakunya malam Lailatul Qadar itu...tetapi kita sendiri hendaklah berusaha mencari malam tersebut. So, marilah kita berusaha mencari malam yang sangat istimewa itu..dengan melakukan banyak amal ibadah. Membuat amal ibadah di malam tersebut adalah lebih baik ganjarannya daripada melakukan amal ibadah seribu bulan.

Terdapat banyak lagi kelebihan2 yang terdapat di dalam bulan Ramadhan ini. Salah satu diantaranya..semua syaitan2 dibelenggu. "Apabila datangnya Ramadhan, maka di buka pintu-pintu syurga, di tutup  pintu-pintu neraka dan di belenggu para syaitan" (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).
Yang tinggal bagi setiap diri orang Islam itu hanyalah nafsu. Sekiranya tebal iman seseorang itu, maka dia akan melepasi bulan Ramadhan dengan kejayaan..dan begitulah pula sebaliknya, jika seseorang muslim itu tidak dapat menahan hawa nafsu nya..menunjukkan nipis imannya..dan amat sukar baginya untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua dapat menahan hawa nafsu, dan di beri kekuatan iman dalam menjalani ibadah puasa ini.

Sudah tentunya, puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah..dan kesemua ibadah hendaklah dilakukan dengan penuh ilmu dan kefahaman. Dalam satu artikel pendidikan Ramadhan yang saya baca tertulis...
~ membaca Al-Quran ialah membaca perintah & hukum Allah.
~ Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu.
~ Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat.
~ Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan & kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan.
~ Beriktikaf ialah mengasingkan diri dalam masjid dengan mengimbau kesalahan lampau untuk membaiki diri & umat.
~ Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah hingga ingin dikongsi bersama insan yang lebih memerlukan.

Marilah kita mengisi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah  dgn hati yang ikhlas hanya kerana Allah swt.


Salam Ramadhan mengakhiri entry saya pada kali ini.

ma'a salaama.

Wednesday, August 4, 2010

He turns 35 now...

As salaamu 'alaikum...!

Today is 4th August.. it's a birthday of the most important person in my life.. Hari yang bersejarah buat suamiku as now he turns 35..heheh..he's getting older!

The number becomes bigger....heheh



We had a simple celebration on the birthday...with the kids..a small cake and satay..

Happy Birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to ayah...happy birthday to you....

Semoga panjang umurmu, diberikan kesihatan & keberkatan dalam hidupmu, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia di samping isteri dan anak2mu...




Haris, Tawfeeq & Haseeb with their Ayah...

 
Terima kasih kerana melayan karenah kami, berkorban apa saja untuk kami..dan bermacam2 lagi yang dilakukan untuk kami..
Ummi, Haris, Tawfeeq & Haseeb sayang ayah..
We love you so much..!!!



Happy birthday to my beloved husband........
ABD ZAMIR SHAARY

Today's entry end here..till I write again..

ma'a slaama.
Enhanced by Zemanta

My Yummylicious Triffle..

As salaamu 'alaikum...!

Let's begin with yummylicious triffle pictures.. hhmmm...yummy yummy....



     










Yummylicious Triffle in the making...




Yummylicious Triffle ..ready to be eaten..!


For this entry, I would like to share the recipe for triffle that I've made on last weekend. Since before this entry..I had mentioned about yummylicious triffle..so maybe ade yang teringin nak cube buat triffle ni. Sangat seronok buat triffle ni...nak buatnya pun senang.

Saya dapat resepi triffle ni dari kawan saya Yaya. For the first time ..saya ikut the original recipe from Yaya. Tapi saya rasa macam lembik sikit..so saya telah buat alteration sikit. On the second try tu..after little alteration ..baru sedang2 elok.. Kalau dah tau buat triffle ni..and bila dah buat sekali mesti nak buat lagi..memang sedap!! Yummy yummy!...Let's try it out!

Resepi Triffle

Bahan-bahan:
1 batang swiss roll
1 tin cocktail
1 tin susu cair (Ideal) + 1/2 tin air + 7 sudu gula pasir
1 kotak crystal jelly
4 sudu besar tepung kastard
Nestle Yogurt

Caranya:

Layer 1
Potong swiss roll anggaran 1.5cm. Susunkan didalam  bekas acuan. Tuangkan air fruit cocktail ke atas swis roll sehingga lembab(basah). Ketepikan dulu..

Layer 2
1 tin susu cair + 1/2 tin air + 7 sudu gula pasir dimasak atas api. Sementara susu mendidih, bancuhkan 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 gelas air. Bila susu dah mendidih, kecilkan api dan masukkan bancuhan kastard tadi ke dalam susu tersebut. Kacau hingga likat dan tuangkan ke atas layer 1 (swiss roll)

Layer 3
Buahan cocktail di taburkan di atas layer 2 (kastard). Ketepikan dulu..

Layer 4
Masak crystal jelly mengikut arahan pada kotak jelly. Tunggu jelly sedikit sejuk tapi masih dalam keadaan cair..barulah di tuangkan di atas layer 3 (buahan cocktail).

Layer 5
Bila jelly dah sedikit beku, sapukan Nestle Yogurt di atas jelly tersebut. Kalau nak cantik bolehlah susunkan kepingan strawberry/peach/kiwi di atas sapuan yogurt.

Bila dah siap..bolehlah di sejukkan di dalam fridge sebelum di hidangkan untuk seisi keluarga.

Selamat mencuba ye!

ma'a salaama.

Tuesday, August 3, 2010

Last weekend @ kampung...

As salaamu 'alaikum...!


Seronoknye balik kampung!! Last weekend..sempatlah menghabiskan 3hari kat kampung ku di Kuala Rompin. Dah lama tak balik..since May aritu. So, before puasa ni..balik lah kejap..menjenguk keluarga di kampung. Si anak dah rindukn mak dan ayah, si kakak dah rindukan adik2, si cucu dah rindukan atuk & nenek. Makteh, maklang, makndak, maktam, makusu dan pak ude dah rindukan si anak2 sedara..bila dah sampai kampung..terlepas lah kerinduan semua orang..


Kami bertolak dari Kuala Selangor pada jam 6.30pm dan selamat sampai lebihkurang 1.40am. Sampai2, semua orang sedang menanti kepulangan kami.

Kali ni balik tak sempat nak lepak2 kat tepi pantai, main layang or bersantai2..sebab adikku Ika (mak teh) balik ke k.T'ganu pada Sabtu tu. Dia sekarang sedang mengikuti kursus kejururawatan..under JPA kat Hosp.K.T'ganu. So, pagi2 Sabtu tu si kakak ni telah menyediakan sesuatau yg istimewa untuk semua org especially yg dah nak balik pada hari tu.Apemendanya tu?? hhehehe...it's triffle.
Tak pernah try buat benda ni pun..ni lah first time. Tu pun tau dpd kwn baikku YAYA..Thanks Yaya for the recipe. Sekali di hidagkan..uishh...sekejap dah licin...mmg yummy lah!
For the next day, on sunday pulak..desert yg sama telah dibuat sekali lagi. Ni untuk adik ku yang nak balik ke Matrix Johor pulak..lgpun smlm makan berebut2, tu yg buat lagi..kasi tapau sikit tuk adik aku tu (makteh).

Second try maikng this triffle..ade sedikit ubahsuai ketas original recipe fr my friend tu. First try ttriffle  tu mmg sedap..cume agak lembik sikit..mybe sukatan air aku terlebih. So, for the second try ni..triffle jadi lebih elok sikit compare yang semalam punye.

This is the triffle..soo..yummylicious!

So itulah aktiviti aku kat kampung aritu...buat desert je..then..food, food, food. Sup kambinglah, serawa durian la..makan,makan,makan... itulah kejenya..makin gemuklah aku.

On Monday after had lunch kat kampung..kami bergerak pulang . Perjalanan agak lancar dan kami selamat sampai di rumah lebihkurang jam 11.30pm. Sepatutnye sampai labih awal dari tu,  tapi singgah dulu umah maklong di Balakong. Dapatlah jumpe nenekku kat sana.

Okey...that's it for this time. Till I write again..

ma'a salaama.


Sunday, July 25, 2010

A weekend @ homesweethome...

As salaamu 'alaikum...!

Hari ni hari minggu...tapi tak gi memana pun...just stay at home, layan anak2, preparing special cooking for lunch, dinner & afternoon dish. Breakfast...??? Only for breakfast that my hubby bought it from makcik kat gerai...bukan tak nak buat breakfast tau..tp sebab nak gi pasar. So, nak cepat beli jelah breakfast tu..after b'fast boleh cepat2 kuar gi pasar. Tapi at last my hubby sorang je yang gi pasar..

Menu for lunch cum for dinner...nasi ayam madu. My hubby really like this. Tapi tak boleh lawan nasi ayam ibu mertua ku. Nasi ayam ibu mertua ku memang paling terbaekk! Dah menuntut jugak..tapi tak berapa nak jadi sama macam ibu mertua ku masak. Tetap tak sama..maybe sebab ikut air tangan masing2 lah kot..



Dan inilah nasi ayam madu nye.. yg spoil nye togel je sumer..tak de taburan daun sup & bwg goreng..sbb terlupa nak beli. So tak berseri lah hidangan nye.. huhu..


Lepas lunch..masing2 dah kenyang. Solat zuhur..then, melayan anak-anak main Sahibba. Tapi yang boleh main Haris sorang je..yang lain2 mengacau...takpe..layan aje!!

 

Haris membina perkataan..

Haris tengah seronok main..
Si adik kecik yang dah mula mengacau..
Last2 Haris bengang dan merajuk da...takmo main..sbb adik asik kacau aje!

Memang kesian Haris... big brother, kenalah mengalah.. Kalau si budak kecik tu memang tak leh tengok ape abang2 dia buat..mesti nak menyibuk jugak. Hurmmm...kalau dah pandai ckp mcm mane lah gaknye nanti. Belum pandai ckp pun dah bising dah mulut dia..

Lepas main Sahibba ni, Haris mengenget mintak nak main game. Mula2 tak kasi, tapi sian pulak. Ummi bersetuju dgn syarat 30 minit aje. Tapi bila dah bukak game kat PC tu, Haris & Tawfeeq ok lah...boleh main bergilir2. Datang si adik kecik...haaaruuu..!! Si kecik tu jeritan dan laungan membingitkan telinga.
Tak tahan punye pasal, ayah nye pun bukak kan laptop pulak. Ayahnya kata, "biar la adik tu main kat situ, Haris, Tawfeeq meh main kat laptop ayah ni". Haa..tu dia. Untunglah ada dua computer..kalau tak merajuk lagi lah si abang2 kena mengalah dgn si adik kecik tuh.. Bukannye reti main pun, tapi dia nak jugak. Hai lah Haseeb..! Tadi ummi kata 30 minit je, tapi bila si ayah bukak game kat lappy ni ade game super mario pulak. Sudahhh...! Ummi pun joint sekali beb.. kui kui kui..
Main punye main..bergilir lah ngan anak2 ni tadi..sekali terasa pening2 lalat ..lama2 jadi mual..nak muntah rasanye. Last2 ummi angkat kaki, tak lalu nak ngadap game lagi. Memang tak sesuai!! Ade ke ummi main game super mario?? hahha..

Tepat jam 4.30 pm, ummi berkeras suruh stop main game. Lepas solat 'Asar, lebih kurang pukul 5pm.. kami bergotong-royong pulak. Gotong-royong bersihkan backyard..yang dah di tumbuhi lalang yang subur. Selalu upah orang mesin je, tapi dah lama tak jumpe orang mesin tu. So, as today tak gi memana..my hubby plan to menebas lalang2 tu. Siap beli sabit lagi... Dalam hati aku.."reti ke laki aku ni menebas?" hahaha..dia kata pernah menebas dulu..masa zmn ala2 muda remaja. Okey la tu kot...
So, aktiviti menebas lalang dan membersihkan backyard pun berjalan dgn lancar. Jom tengok!


Ummi memulakan acara..


Di sambung oleh ketua rumahtangga..


Anak2 yang ringan tulang turut mambantu...

                                                                          Last2 ummi yang lepak...tengokla peluh menitik2 tuh..
Acara gotong-royong selesai lebih kurang jam 6.30 pm...and it's time for the afternoon dish. We had sardine roll and tea..sambil menonton Just for Laughs Gags. Tapi takde la special sgt pun juadah minum petang ni. Sardine roll memang dah prepare earlier and kept in frozen..bila nak, goreng je lah..senang. Ta daa...here is the afternoon dish..!


Tepat jam 7pm, anak2 di kerah bersiap2 untuk solat maghrib. Selalu solat Maghrib berjema'ah..tapi hari ni my hubby and Haris solat kat masjid. So, ummi jemaah dgn Tawfeeq & Haseeb lah kat umah.

Alhamdulillah..semua dah selesai. Hari ini sudah berakhir...hari esok akan mendatang. Apakah yang akan berlaku esok?? Yang pasti esok dan hari2 berikutnya aku selalu ingin melakukan yang terbaik...untuk keluarga tercinta juga diriku sendiri. InsyaAllah...

Semoga Allah memberkati kehidupan kami seisi keluarga...Ameen.

ma'a salaama.




Thursday, July 22, 2010

Penting ke memberi pujian pada anak-anak..?

As salaamu 'alaikum...!

Dah lama tak update blog ni...dek kerana kemalasan..heheh..nak  katakan busy tu ..biasa-biasa jelah..tak adalah busy sesangat. Cuma..bila duk mengadap skrin ni..si kecil Haseeb mulalah gelisah, merengek..dia pun nak sibuk duk ngadap depan skrin ni jugak..tu yang malas tu..! Tapi sekarang si kecil tengah tidur..lena lah pulak. Selalunya tidur kejap je dah jaga, ni lama la pulak..bagus2, dia bagi chance kat ummi.. :)

This week target nak habiskan sesi belajar membaca Haris. Alhamdulillah..semalam dah selesai..dah khatam  dari buku 1-8(Buku siri membaca Bacalah Anakku). Dah boleh membaca dah Haris..senang hati ummi. Bila dah habis buku 8 tu, Haris excited sangat dan bertalu-talu bagitau kat adik dia Tawfeeq, " abang dah pandai baca, abang dah boleh baca suratkhabar lepas ni..". Dia pun terus cari suratkhabar dan baca. Hmmm..suka tengok gelagat dia camtu..walaupun bacaan nye tak lancar sangat..tapi dia dah boleh baca dah. Alhamdulillah lagi sekali..
So, lepas ni ummi plan nak start reading class for English pulak. Ummi pun excited nak mulakan class ni..hehehe...you just wait ye Haris..!
Prestasi Haris sekarang agak bagus. Bacaan Iqra' pun dah laju jugak..dah sampai Iqra'4. Target nak dia khatam Iqra' sebelum hujung tahun ni. Semoga Allah terangkan hati Haris dan permudahkan dia dalam menuntut ilmu.

Cerita pasal Haris lagi ni...lately tengok dia semakin rajin pulak. Bukan la nak memuji , tapi selalunya dia ni malas . Bila ummi suruh dia, dia suruh Tawfeeq. Tapi entah ape angin dia agaknye sehari dua ni...rajin mengemas..diam-diam duk kat atas..rupa-rupanye mengemas. Sampai atas almari solek ummi ni pun tersusun rapi dia kemas..hehehe..atas almari solek ummi tu mmg selalu berselerak..heheh..tapi takde la selerak sgt..cuma tak tersusun rapi. Maybe angin dia tengah baik lah tu agaknye..bila di suruh, terus buat. Tapi bila dia dah kemas elok-elok, tiba-tiba si adik dia buat selerak balik...dia punya lah bising. Sampai tak nak layan adik dia..especially Tawfeeq lah.

Macam-macam karenah budak-budak ni...

Belum yang si kecil tu lagi.. ape yang abang dia pegang , itulah yang dia nak jugak. Ape yang abang-abang dia buat, dia pun nak buat jugak.. Kalau dengan Haris, dia boleh la mengalah lagi, tapi kalau kena dengan Tawfeeq..memang gaduh dan menangis aje lah.. huhu..sian jugak tengok si abang-abang yang asyik kena mengalah.. Kadang-kadang si abang-abang ni menzahirkan jugak ketidakpuasan hati dorang.
So, sebagai parents..kenalah bijak mengatasi masalah ni. Dengan selalu memberi kata-kata pujian, diorang rasa seronok bila mengalah. Memang betul..anak-anak suka sangat bila di puji. Bukan budak je..orang tua pun suka kena puji..heheheh..sapa yang tak suke bila di puji..ye tak?

Untuk kanak-kanak, pujian adalah perangsang untuk mereka. Secara idealnya, kanak-kanak haruslah di besarkan dengan pengaruh positif iaitu dengan melebihkan ganjaran seperti kata-kata pujian,perangsang, penghargaan atau hadiah daripada hukuman sepert memarahi, mengherdik, memukul atau mendenda.

Jika sebelum ni aku seorang ummi yang mudah untuk memarahi anak-anak atas kesalahan mereka. Jarang memberi kata-kata pujian, pendek kata..ummi yang garang lah. Tapi ..sekarang, aku telah cuba mengawal kemarahan, dan sering memberi kata-kata pujian kepada anak-anak. Sekiranya diorang buat salah, berikan nasihat dan meluahkan kasih sayang aku terhadap mereka. Mungkin itulah yang membuat Haris berubah sikit, kalau dulu malas..sekarang dah rajin sikit.

Semoga Allah sentiasa memberi kan aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku...ameen.

ma'a salaama.

Friday, July 16, 2010

Awal agama mengenal Allah

As salaamu 'alaikum...!

Awal-awal agama mengenal Allah. Maksudnye..awal mengenal agama adalah dengan mengenal ALLAH. Itulah seawal-awal pendidikan yang sepatutnya kita berikan kepada anak-anak kita...iaitu mengenal Allah. Bagi diriku dan suami, kami memang amat menekankan pendidikan agama kepada anak-anak kami. Walaupun anak sulung kami baru berusia 6 tahun , kami pastikan dia bersolat cukup 5 waktu. Memang dalam jadual harian anak-anak, kalau kat rumah ni..bangun pagi solat subuh, balik tadika tengok tv jap..sampai pukul 2pm naik solat zuhur dan tv terus ditutup sampai pukul 6pm. Between 2-6pm tu , lepas solat zuhur..reading activity la pulak. Okey..entry kali ni actually bukanlah nak story pasal jadual harian anak-anak..tapi pasal pendidikan awal mengenal ALLAH tadi.

Anak-anak yang dilahirkan adalah bersih fitrahnya. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak menjadi manusia yang baik, berguna dan soleh. Semua ibu bapa mempunyai keinginan untuk menjadikan anak-anak yang di amanahkan oleh Allah kepada kita itu menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, mempunyai akhlak yang mulia, rajin, cerdik, pintar dan sukses dalam hidup di dunia juga di akhirat.

Berkaitan pendidikan awal mengenal Allah, bagaimana mendidik anak mengenal Allah? Ia adalah pendidikan keimanan kepada Allah. Kita memperkenalkan kepada anak-anak dasar keimanan iaitu semua yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib seperti beriman kepada Allah, rasul, malaikat, al-quran, hari kiamat, qada' dan qadar Allah.. termasuklah juga tentang dosa dan pahala, siksa dalam kubur, syurga dan neraka.

Saya selalu memberitahu kepada anak-anak tentang kebesaran Allah, kejadian manusia, alam semesta, malaikat, rasul ,dosa, pahala, syurga dan neraka. Mereka mungkin sukar memahami, so..ibu bapa mestilah bersiap sedia dengan pelbagai soalan yang di ajukan oleh anak-anak.

Selama ni bagitau kat anak-anak Allah tu Maha Hebat dan Maha Bijaksana kerana Dia lah yang menciptakan alam semesta ni. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun. Pada satu malam semasa menonton TV , tak ingat siaran apa.. ada dialog "Allah Maha Kaya". Tiba-tiba anak yang sulung, Haris bersuara.., "Ummi, Allah tu kaya ke?" Hurmmm...nak tau ape saya jawab? Saya kata Allah tu memang Maha Kaya sebab Allah yang memiliki semua yang ada di alam semesta ni. Diri kita sendiri ni pun Allah yang punya, Allah ada semuanya nya...pokok2, gunung2, bukit2, binatang2, semua manusia, bumi, langit, bintang2. Haris pun angguk ..tanda puas dengan jawapan yang ummi berikan. Harap2 macam tu lah..Lepas tu dia tanya lagi, "Allah tu ada kat mana?" Saya kata ..Allah tu ada kat mana-mana..Allah nampak kita semua, kalau kita menyorok pun Allah nampak, tapi kita dan semua manusia tak boleh nampak Allah. Tak ada sesiapa pun yang boleh nampak Allah. Saya tambah lagi..sebab tu tak boleh menipu tau. Kalau ummi dan ayah tak nampak tapi Allah nampak apa yang Haris buat. Si anak ni diam yang seakan berfikir.. mungkin dia sedang memikirkan ape yang telah di jelaskan oleh umminye tadi.Lepas tu..ayah nye pun sambung pulak pasal hari kiamat.

Untuk membicarakan tentang hal-hal ghaib kepada anak2 ni bukan boleh kita reka-reka je. Mula2 dulu, saya sendiri susah nak terangkan pasal benda2 ghaib yang wajib di imani ini.Penyelesaiannya...tentulah dengan membaca buku-buku berkaitan. Salah satu buku yang menjadi rujukan saya ialah buku yang bertajuk 'Bila Anak-anak Bertanya Tentang Allah dan Perkara Ghaib' oleh Muhammad Muhyidin. Ini pun suami saya yang beli..masa mula-mula bukak buku tu macam tak best je..sebab dia macam benda2 basic je, yang mungkin kita dah tahu. Tapi bila di kupas lebih dalam isinya...banyak yang boleh kita pelajari. Saya masih lagi membaca buku tersebut. So, amatlah di galakkan bagi ibu bapa yang ingin meneguhkan iman anak-anak ni, membaca buku-buku yang berkaitan sebagai rujukan dan persediaan untuk menjawab 1001 persoalan anak-anak tentangnya. Bagi saya , inilah asas keimanan yang kita perlu kukuhkan dalam diri, hati , jiwa dan minda anak-anak kita.

Banyak lagi yang perlu saya pelajari..Semoga Allah sentiasa memberi kemudahan bagi saya dan suami dalam mendidik anak-anak kami ini..

ma'a salaama.

Tuesday, July 13, 2010

Dah ganti puasa???

As salaamu 'alaikum...

Rejab dah pun berlalu...diam tak diam dah 1 Sya'aban dah hari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Ramai di antara kaum muslimin dan muslimah yang sibuk berpuasa pada masa sekarang ni. Ada yang berpuasa sunat dan ada yang mengqada' puasa atau mengganti puasa yang terbatal atau yang ditinggalkan pada Ramadhan yang lalu. Elok lah tu...qada'lah puasa sampai cukup. Bagi diri aku, memang dah biasa qada' puasa awal-awal tahun lagi. Rasanya kalau dah qada' cepat tu senang. Yang takutnye kalau tangguh-tangguh mengqada' ni..sebabnye takut terlupa. Bukan itu je, yang kena fidyah ke atau pun kifarah ke..tapi belum selesaikan lagi, eloklah selesaikan semuanya sekarang.

Bagi kaum muslimah ni, kita mungkin tak tahu atau keliru apakah kita diwajibkan bayar fidyah kalau kita berbuka puasa Ramadhan disebabkan hamil atau menyusukan dan juga bagi yang sedang nifas pada bulan Ramadhan tu kena qada' aje ke ataupun kena fidyah sekali? Aku pernah jugak keliru akan hal ni.

Hasil dari bacaan berbagai sumber ;-
Menurut syara' adalah diharuskan berbuka puasa bagi wanita yang hamil atau menyusukan. Bagi yang sedang nifas dan haid tu memang tentu-tentu lah diharamkan berpuasa dan mereka wajiblah mengqada' puasa yang ditinggalkan itu.

Wanita hamil atau menyusukan yang berbuka puasa disebabkan takut akan kemudaratan anak yang di dalam kandungan atau pun anak yang disusukan ,adalah wajib bagi mereka mengeluarkan fidyah dan juga mengqada'kan setiap hari puasa yang telah ditinggalkannya.

Wanita hamil atau menyusukan yang berbuka puasa disebabkan takut akan kemudaratan ke atas diri mereka dan juga kemudaratan ke atas anak yang dikandung atau yang disusukan, maka wajib bagi mereka mengqada'kan puasa tanpa wajib mengeluarkan fidyah.

Tetapi, bagi wanita hamil atau menyusukan yang bermusafir atau sakit lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhsah (kelonggaran) atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya, maka diwajibkan keatas mereka mengqada'kan puasa tanpa membayar fidyah.

Dalam keadaan musafir atau sakit itu, jika hamil atau menyusukan anak ,berbuka puasa kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya dan bukan berbukanya itu kerana rukhsah musafir atau sakit, merekan juga tidak wajib membayar fidyah.

Selalunya kita terlupa atau terkeliru dengan hukum yang mewajibkan fidyah dan qada' puasa waktu hamil dan menyusukan ni. Sekiranya masih ada yang ragu-ragu, seeloknya cari lah ustaz atau bahan -bahan bacaaan bagi merujuk persoalan tersebut. Jangan di ambil ringan tentang soal-soal hukum ni. Kalau tak tahu,kenalah ambil tahu..jangan pulak buat tak tahu..nanti kita jugak yang kena jawab kat akhirat...betul tak?? Tepuk dada tanya iman..!

Entry kali ini bagi mengingatkan diri saya jugak..yelah, benda2 macam ni memang mudah kita terlupa. Diharap ia dapat memberi sedikit info kepada yang tak tahu..key!

Sampai di sini untuk kali ini. Till I write again.... ;)

ma'a salaama.

Wednesday, July 7, 2010

Perjalanan Istimewa Isra' Mi'raj menyaksikan 10 azab bagi wanita...

As salaamu alaikum..!

Sempena memperingati peristiwa Isra' Mi'raj pada 27Rejab yang jatuh pada hari esok 9Julai (Jumaat), membuatkan saya pada entry kali ini ingin berkongsi dan mengambil pengajaran dari sekelumit peristiwa tersebut. Sejarah mencatat peristiwa penting ini dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Isra' dan Mi'raj merupakan suatu perjalanan Nabi Muhammad SAW pada suatu malam dengan takdir dan keinginan Allah SWT yang berlngsung dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian ke Sidratul Muntaha yang di abadikan di dalam Al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian kerohanian Baginda pada masa lalu. Ia sekaligus menjadi peristiwa agung yang mengandungi makna yang 'besar' untuk dihayati oleh seluruh umat Baginda.

"Maha suci Allah , yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".(Surah Al-Isra',Ayat 1)

Dalam peristiwa tersebut Rasulullah SAW telah diperlihatkan tentang kekuasaan Allah SWT serta balasan yang akan diterima oleh umatnya di akhirat nanti. Allah berfirman: "Dan Nabi Muhammad saw telah melihat (Jibril di dalam bentuknya yang asli) diwaktu yang lain iaitu Sidratul Muntaha. Di dalamnya da syurga yang merupakan tempat tinggal ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatan (Nabi Muhammad saw) tidak berkisar pada menyaksikan dengan jelas (tentang pemandangan yang indah seperti yang diizinkan untuk melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Dan baginda telah melihat sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah swt".(Surah An-Najm, Ayat 13-18).

Di antara pengajaran yang dapat di ambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita beriman dan wanita derhaka.

~ Wanita Beriman
Rasulullah saw telah melewati satu daerah yang menebarkan bau yang sangat harum seperti bau kasturi, lalu Baginda bertanya kepada Jibril daerah apakah yang sedang mereka lewati.
Jibril menjawab, "Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga". Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang sangat kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah mempunyai fizikal yang lemah tetapi memiliki semangat dan jiwa keislaman yang kuat hingga mampu menepikan keangkuhan firaun.

Masyitah adalah pelayan raja. Dia adalah rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah. Tetapi kerana kekejaman firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri firaun,tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja Masyitah menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, terus bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali dia memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekelian Alam.

Puteri itu mengadu dan menyebabkan firaun sangat marah mengetahui Masyitah menymbah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa agar mengakui bahawa hanya dirinya (firaun) sebagai tuhan, tetapi dengan penuh keberanian dia berkata, "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah". Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan firaun menyebabkan dia memerintahkan menterinya Hamam agar membuat patug sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus MAsyitah dan keluarganya.

Ketika tiba giliran bayinya yang akan dimasukkan ke dalam sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan firaun kerana sangat sayang pada anaknya. Tetatpi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian yang luar biasa. Secara tiba-tiba bayi tersebut dengan fasih berkata. "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah. Sesungguhnya engkau di jalan yang benar".

Masyitah dan keluarga mereka mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan "Allah Tuhan yang Esa dan firaun hanya manusia biasa". Lalu semuanya syahid dibunuh oleh firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh umat Islam melalui peristiwa Isra' Mi'raj. Semua keluarga Masyitah mendapat balasan syahid dari Allah kerana mempertahankan akidah hingga mati.

~ Wanita Derhaka
Dalam perjalanan tersebut, Rasulullah juga diperlihatkan dengan 10 jenis siksaan yang menimpa wanita sehingga Rasulullah SAW menangis setiap mengenangnya.

Diantaranya tentang (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak dikepalanya mendidih. Mereka adalah wanita yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

Siksaan lain yang diperlihatkan kepada Baginda adalah (2) perempuan yang digantung dengan lidah, (3) tangannya dikeluarkan dari punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum di tuangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adlah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Ada pula (6) perempuan yang diikat kedua kakinya dan kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular, dan kalajengking. Mereka adalah perempuan yang mampu solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wudhu' dan tidak mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas.

Baginda lalu melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain.

(8) Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya.

Siksaan lain yang dilihat Baginda adalah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada juga (10) perempuan yang Baginda lihat wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah pada suaminya dan memfitnah orang lain.

Marilah kita mengambil pengajaran dari siksaan2 yang diperlihat kepada Rasullullah SAW ini. Sungguh takut bila memikirkan siksaan-siksan ini. Ia sebagai peringatan kepada semua kaum muslimah begitu juga untuk diri saya sendiri. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Tuhanku..aku tak layak untuk syurga-Mu
tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka-Mu
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku
Ampunkanlah dosa-dosa ku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

ma'a salaama

Sunday, July 4, 2010

My Little Imam..

As salaamu 'alaikum..!

Sekarang ni Astro sedang menjalankan program realiti terbaru 'IMAM MUDA'. Tahniah buat pihak Astro diatas pelaksanaan program ini. 
Di entry ni..saya bukan nak bercerita mengenai program imam muda di Astro..tapi nak cerita pasal Haris, anak sulung saya tu. Dia pun sibuk jugak dengan menggelarkan diri dia Imam muda. Dalam hati ni...rasa gembira bila anak sendiri terpengaruh dengan perkara2 kebaikan macam tu. Rupa-rupanya dia terpilih untuk jadi imam dalam pertandingan solat subuh peringkat N.Selangor.
Pada hari Sabtu bertarikh 3Julai2010, Haris telah pun menyertai pertandingan tersebut. JAIS menganjurkan kemahiran amal islami ini dan pertandingan solat subuh  adalah di antara acaranya. Rasa bersyukur kerana Haris telah melakukan tugas sebagai imam dengan sangat cemerlang pada pertandingan tersebut, walaupun tak menang tempat 1,2 atau 3. Cuma suara Haris di tenggelami suara pelajar yang dalam pertandingan solat jenazah dalam surau yang sama dan berlaku kelam kabut sikit masa nak masuk barisan sebab sekolah dia peserta pertama. 
Jom tengok gambar2 nye..!

                               
Niat solat..


Membaca Doa' Iftitah..

 
Membaca Doa' Qunut..

                                                                    
 
tahiyat akhir

 Membaca Doa' lepas solat

Selesai sudah solatnye. Tahniah ummi ucapkan untuk anak ummi Haris Murshidi! Ummi gembira dan terharu sangat dengan keberanian dan kebolehan Haris.
Ummi harap Haris terus rajin solat..dan semoga HAris betul2 jadi imam yang cemerlang bila besar nanti.. InsyaALLAH..

 ma'a salaama.

Monday, June 21, 2010

Apakah itu Disleksia??

As salaamu 'alaikum..!

Hye...i'm back!! Okey..untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai DISLEKSIA. Ape Disleksia tu? Mungkin ada yang masih tak tahu apa itu disleksia. Sebenarnya..apa yang saya tahu, disleksia ni adalah sejenis penyakit bagi kanak2 yang tak boleh membaca. Saya telah mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang disleksia ni bila saya menyedari yang anak sulong saya (Haris) masih tak dapat mengeja dan membaca..walaupun dah bersekolah tadika hampir setengah tahun. Itu yang membuat saya tersangat risau dan mula mencari maklumat mengenai kanak2 yang bermasalah membaca ni. Mari kita lihat apa dia Disleksia, apakah ciri2 kanak2 Disleksia dan apakah masalah kanak2 Disleksia ni... jom tengok!

Apa itu Disleksia?
- sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku
- kanak2 Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun telah berusaha bersungguh2 dan mereka mempunyai intelek yang NORMAL
- perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
- mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja & mengira.
- kanak2 lelaki lebih ramai mengalami disleksia daripada kanak2 perempuan.

Apakah ciri2 Disleksia?
1) Di peringkat pra sekolah mereka mungkin:-
~ lambat bertutur
~ mengalami kesukaran sebutan atau rima
~ sukar menulis nama sendiri
~ payah mengenal bentuk atau warna
~ sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
2) Di alam persekolahan kanak2 Disleksia mungkin:-
~ Gagal menguasai tugasan sekolah spt membaca, menulis, mengeja atau  mengira
~ Tidak suka membaca & mengelak dari membaca di kelas
~ Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) spt 15 dgn 51, 'was' menjadi 'saw' & 'd' dgn 'b'
~ kurang koordinasi spt sukar mengikat tali kasut
~ keliru dgn konsep masa spt semalam, hari ini dan esok
~ kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
~ selalu tersalah letak atau hilang brg atau kerja sekolah.

Masalah lain yang mungkin dialami kanak2 Disleksia:
~ salah sangka dan digelar sbg malas, bodoh & lembab
~ mengalami rasa rendah diri
~ Jika mereka tidak dpt dikenalpasti dan tidak mendapat bantuan di peringkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi spt kemurungan, masalah tingkahlaku spt melawan, kecelaruan tinglahlaku & rendah pencapaian akademik menyebabkan keciciran sekolah.

Walaubagaimanapun, mereka  ini mempunyai keistimewaan juga. Terdapat beberapa orang ternama yang juga mengalami masalah Disleksia spt saintis Albert Einstein, artis Leornado D' Vinci, pelakon Whoopy Goldberg termasuklah ahli politik Lee kuan Yew.
Ramai diantara mereka yang berimaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut/dimensi serta bijak dalam kemahiran tangan dan sukan.

Jadi, untuk menjamin masa depan yang cemerlang bagi kanak2 Disleksia ni, ibubapa terutamanya mestilah :-
- bantu anak2 ini bina keyakinan diri
- rawat penyakit lain yang mungkin berkait spt hyperaktif dan kurang daya tumpuan
- pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui terapi pertuturan, latihan pendengaran dgn bantuan komputer & pendekatan pelbagai deria iaitu menggunakan deria lain dalam pembelajaran spt pendengaran,sentuhan, pergerakkan bibir dan menulis huruf atau perkataan.
- bantu anak menguasai maklumat secara beransur2
- pengulangan semasa belajar (konsep ajar berlebihan)
- gunakan video atau kaset semasa pembelajaran
- program pemulihan khusus

Itulah maklumat mengenai Masalah Disleksia dikalangan kanak2 ni. Kalau sesiapa yang mempunyai anak especially anak lelaki ..rajin2 lah uji kebolehan mereka mengeja, membaca dan mengira..untuk mengenalpasti samada anak anda mengalami masalah ini.

Nak sambung cerita, lepas saya tahu pasal Disleksia ni secara terperinci, saya dengan tidak membuang masa telah mencari maklumat bagi program2 atau buku2 yang boleh membantu saya mngajar anak saya membaca.
Dan..saya telah temui siri bacaan "Bacalah Anakku". Saya ajar Haris membaca bermula dgn buku 1 sehingga lah hari ini dia dah sampai buku 7. Alhamdulillah..progresnya sangat cepat. Dalam tempoh 2minggu, Haris dah boleh membaca. Tapi saya memang menggunakan konsep ajar berlebihan tu..tiap2 hari dari jam 2 lepas dia solat zuhur tu..sampai lah jam 6 ptg.. sepanjang cuti sekolah aritu.
Banyak lagi yang saya nak ajar dia lepas ni..dan masa saya mmg banyak tertumpu pada dia.
Persoalan yang ayah Haris selalu timbulkan..adakah Haris bermasalah Disleksia???? Ayah dia kata..Haris boleh baca Iqra..dan dah sampai Iqra 4 dah pun..takkan lah Disleksia? Hmm...saya pun tak pasti, tapi bila baca ciri2 tu..ada beberapa perkara yang ada pada Haris spt keliru antara 'd' dgn 'b', keliru dgn konsep masa (semalam,hari ini atau esok) dan tidak suka membaca..hmmm...so, mcm mane tu? Tapi Haris tak ade masalah dlm menghafal. Takpelah Haris..Ummi sentiasa berdoa dan berusaha membantu Haris sampai berjaya. InsyaAllah..

ma'a salaama.

Tuesday, May 25, 2010

Life and dead..

As salaamu a'alaikum...!

Yesterday was my birthday..the 30th b'day..huhuhu...30 oredy..i'm getting older! But not too old yet .. hehe.. So , during my birthday..there was a Tiramisu cake( my fav), KFC and A&W Float for the celebration. Thanks a lot to my beloved hubby. Tapi celebrate kat umah aje..with the family. Seronok anak2 pun celebrate and wish my b'day jugak. Alhamdulillah, di usia 30 tahun ini, aku telah dikurniakan 3 orang anak. Rasa teramat bahagia berada disamping suami dan anak2 tercinta. Bersyukur tak terhingga kepada yang Maha Esa..yang telah meminjamkan padaku anak2 dan suami..yang membawa bahagia dan kesempurnaan dalam hidupku.

Bila usia dah menjagkau 30-an ni.. banyak benda yang kena improve..especially hubungan dgn yang Esa. Kena lah lebih banyak buat amal ibadah..selama ni buat yang wajib aje. Nak tambah lagi amal ibadah..yang sunat2 tu..tambah dgn solat2 sunat pun tak ape lah. Azam baru ku pasni, at least once a week buat solat tahajjud. Dah lama sgt tinggal kan solat tahajjud ni..dah liat nak bangun malam. Kalau dulu masa zaman bujang, rajin jugak bangun malam buat solat ni. InsyaAllah pasni nak kena lawan si setan2 yang dah bertenggek2 ni..kasi berat bangun malam..huhu..

Yang kedua..azamku pasni nak buat solat sunat Dhuha setiap hari.. Selagi aku ada kat rumah ni, tak kerja, pagi2 kat umah ni ambik masa buat solat ni. Solat ni lah yang paling aku tak pernah buat. InsyaAllah, aku akan berusaha mencapai azamku ini. Umur semakin tua, seronok2 celebrate birthday, jangan lupa pada yang menciptakan kita. Rumah kata pergi, kubur kata marii!!!! Terfikir bila agaknye aku mati??? Sudah bersediakah aku menghadapi mati? Whatever it is, whatever happiness or sadness we experienced in life, Islam menganjurkan umatnya supaya mengingati mati. Kematian tidak boleh dipisahkan dari manusia, ia tidak mengenal sesiapa dan apabila ia telah sampai, tiada sesiapa pun yang boleh menolaknya.

Ulama' menyebut, orang yang banyak mengingati mati ni dimuliakan 3 perkara iaitu;- dia akan segera bertaubat kpd Allah, dia akan merasa cukup dgn apa yang ada padanya dan dia akan rajin mengerjakan ibadah. Begitu lah sebaliknya, jika seseorang itu lupa dari mengingati mati, dia akan lupa untuk bertaubat kpd Allah, sentiasa tak redha dgn ape yang ada padanya dan sentiasa malas untuk mengerjakan ibadah. Bila kita fikirkan tentang kematian ni, akan rasa takut sgt2..sbb tu lah daripda rasa ketakutan yang teramat sgt tu, kita akan bertaubat,redha dan rajin beribadah. Betul tak? Tapi itulah yang aku rasakan setiap kali memikirkan tentang mati.

Cakap pasal mati ni, semalam sahabat karibku Yaya telah kehilangan kakak kesayangannya. Di harap kawan ku sabar dan redha dengan dugaan Allah ini. Al-fatihah untuk arwah..
Sesunngguhnya yang hidup pasti akan mati. ~Renungkanlah sejenak~

ma'a salaama.