Tuesday, July 13, 2010

Dah ganti puasa???

As salaamu 'alaikum...

Rejab dah pun berlalu...diam tak diam dah 1 Sya'aban dah hari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Ramai di antara kaum muslimin dan muslimah yang sibuk berpuasa pada masa sekarang ni. Ada yang berpuasa sunat dan ada yang mengqada' puasa atau mengganti puasa yang terbatal atau yang ditinggalkan pada Ramadhan yang lalu. Elok lah tu...qada'lah puasa sampai cukup. Bagi diri aku, memang dah biasa qada' puasa awal-awal tahun lagi. Rasanya kalau dah qada' cepat tu senang. Yang takutnye kalau tangguh-tangguh mengqada' ni..sebabnye takut terlupa. Bukan itu je, yang kena fidyah ke atau pun kifarah ke..tapi belum selesaikan lagi, eloklah selesaikan semuanya sekarang.

Bagi kaum muslimah ni, kita mungkin tak tahu atau keliru apakah kita diwajibkan bayar fidyah kalau kita berbuka puasa Ramadhan disebabkan hamil atau menyusukan dan juga bagi yang sedang nifas pada bulan Ramadhan tu kena qada' aje ke ataupun kena fidyah sekali? Aku pernah jugak keliru akan hal ni.

Hasil dari bacaan berbagai sumber ;-
Menurut syara' adalah diharuskan berbuka puasa bagi wanita yang hamil atau menyusukan. Bagi yang sedang nifas dan haid tu memang tentu-tentu lah diharamkan berpuasa dan mereka wajiblah mengqada' puasa yang ditinggalkan itu.

Wanita hamil atau menyusukan yang berbuka puasa disebabkan takut akan kemudaratan anak yang di dalam kandungan atau pun anak yang disusukan ,adalah wajib bagi mereka mengeluarkan fidyah dan juga mengqada'kan setiap hari puasa yang telah ditinggalkannya.

Wanita hamil atau menyusukan yang berbuka puasa disebabkan takut akan kemudaratan ke atas diri mereka dan juga kemudaratan ke atas anak yang dikandung atau yang disusukan, maka wajib bagi mereka mengqada'kan puasa tanpa wajib mengeluarkan fidyah.

Tetapi, bagi wanita hamil atau menyusukan yang bermusafir atau sakit lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhsah (kelonggaran) atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya, maka diwajibkan keatas mereka mengqada'kan puasa tanpa membayar fidyah.

Dalam keadaan musafir atau sakit itu, jika hamil atau menyusukan anak ,berbuka puasa kerana takut akan kemudaratan kepada anaknya dan bukan berbukanya itu kerana rukhsah musafir atau sakit, merekan juga tidak wajib membayar fidyah.

Selalunya kita terlupa atau terkeliru dengan hukum yang mewajibkan fidyah dan qada' puasa waktu hamil dan menyusukan ni. Sekiranya masih ada yang ragu-ragu, seeloknya cari lah ustaz atau bahan -bahan bacaaan bagi merujuk persoalan tersebut. Jangan di ambil ringan tentang soal-soal hukum ni. Kalau tak tahu,kenalah ambil tahu..jangan pulak buat tak tahu..nanti kita jugak yang kena jawab kat akhirat...betul tak?? Tepuk dada tanya iman..!

Entry kali ini bagi mengingatkan diri saya jugak..yelah, benda2 macam ni memang mudah kita terlupa. Diharap ia dapat memberi sedikit info kepada yang tak tahu..key!

Sampai di sini untuk kali ini. Till I write again.... ;)

ma'a salaama.

No comments:

Post a Comment