Friday, July 16, 2010

Awal agama mengenal Allah

As salaamu 'alaikum...!

Awal-awal agama mengenal Allah. Maksudnye..awal mengenal agama adalah dengan mengenal ALLAH. Itulah seawal-awal pendidikan yang sepatutnya kita berikan kepada anak-anak kita...iaitu mengenal Allah. Bagi diriku dan suami, kami memang amat menekankan pendidikan agama kepada anak-anak kami. Walaupun anak sulung kami baru berusia 6 tahun , kami pastikan dia bersolat cukup 5 waktu. Memang dalam jadual harian anak-anak, kalau kat rumah ni..bangun pagi solat subuh, balik tadika tengok tv jap..sampai pukul 2pm naik solat zuhur dan tv terus ditutup sampai pukul 6pm. Between 2-6pm tu , lepas solat zuhur..reading activity la pulak. Okey..entry kali ni actually bukanlah nak story pasal jadual harian anak-anak..tapi pasal pendidikan awal mengenal ALLAH tadi.

Anak-anak yang dilahirkan adalah bersih fitrahnya. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak menjadi manusia yang baik, berguna dan soleh. Semua ibu bapa mempunyai keinginan untuk menjadikan anak-anak yang di amanahkan oleh Allah kepada kita itu menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, mempunyai akhlak yang mulia, rajin, cerdik, pintar dan sukses dalam hidup di dunia juga di akhirat.

Berkaitan pendidikan awal mengenal Allah, bagaimana mendidik anak mengenal Allah? Ia adalah pendidikan keimanan kepada Allah. Kita memperkenalkan kepada anak-anak dasar keimanan iaitu semua yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib seperti beriman kepada Allah, rasul, malaikat, al-quran, hari kiamat, qada' dan qadar Allah.. termasuklah juga tentang dosa dan pahala, siksa dalam kubur, syurga dan neraka.

Saya selalu memberitahu kepada anak-anak tentang kebesaran Allah, kejadian manusia, alam semesta, malaikat, rasul ,dosa, pahala, syurga dan neraka. Mereka mungkin sukar memahami, so..ibu bapa mestilah bersiap sedia dengan pelbagai soalan yang di ajukan oleh anak-anak.

Selama ni bagitau kat anak-anak Allah tu Maha Hebat dan Maha Bijaksana kerana Dia lah yang menciptakan alam semesta ni. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun. Pada satu malam semasa menonton TV , tak ingat siaran apa.. ada dialog "Allah Maha Kaya". Tiba-tiba anak yang sulung, Haris bersuara.., "Ummi, Allah tu kaya ke?" Hurmmm...nak tau ape saya jawab? Saya kata Allah tu memang Maha Kaya sebab Allah yang memiliki semua yang ada di alam semesta ni. Diri kita sendiri ni pun Allah yang punya, Allah ada semuanya nya...pokok2, gunung2, bukit2, binatang2, semua manusia, bumi, langit, bintang2. Haris pun angguk ..tanda puas dengan jawapan yang ummi berikan. Harap2 macam tu lah..Lepas tu dia tanya lagi, "Allah tu ada kat mana?" Saya kata ..Allah tu ada kat mana-mana..Allah nampak kita semua, kalau kita menyorok pun Allah nampak, tapi kita dan semua manusia tak boleh nampak Allah. Tak ada sesiapa pun yang boleh nampak Allah. Saya tambah lagi..sebab tu tak boleh menipu tau. Kalau ummi dan ayah tak nampak tapi Allah nampak apa yang Haris buat. Si anak ni diam yang seakan berfikir.. mungkin dia sedang memikirkan ape yang telah di jelaskan oleh umminye tadi.Lepas tu..ayah nye pun sambung pulak pasal hari kiamat.

Untuk membicarakan tentang hal-hal ghaib kepada anak2 ni bukan boleh kita reka-reka je. Mula2 dulu, saya sendiri susah nak terangkan pasal benda2 ghaib yang wajib di imani ini.Penyelesaiannya...tentulah dengan membaca buku-buku berkaitan. Salah satu buku yang menjadi rujukan saya ialah buku yang bertajuk 'Bila Anak-anak Bertanya Tentang Allah dan Perkara Ghaib' oleh Muhammad Muhyidin. Ini pun suami saya yang beli..masa mula-mula bukak buku tu macam tak best je..sebab dia macam benda2 basic je, yang mungkin kita dah tahu. Tapi bila di kupas lebih dalam isinya...banyak yang boleh kita pelajari. Saya masih lagi membaca buku tersebut. So, amatlah di galakkan bagi ibu bapa yang ingin meneguhkan iman anak-anak ni, membaca buku-buku yang berkaitan sebagai rujukan dan persediaan untuk menjawab 1001 persoalan anak-anak tentangnya. Bagi saya , inilah asas keimanan yang kita perlu kukuhkan dalam diri, hati , jiwa dan minda anak-anak kita.

Banyak lagi yang perlu saya pelajari..Semoga Allah sentiasa memberi kemudahan bagi saya dan suami dalam mendidik anak-anak kami ini..

ma'a salaama.

1 comment:

  1. Anak saya pun pernah tanya saya.
    "Allah tu ada kat mana?
    Saya pun jawab, Allah ada kat mana-mana.
    dia tanya lagi, Allah tu ada kat mana-mana, tapi kalau musim haji Allah ada kat Mekah ye, sebab semua orang gi kat Mekah.

    ReplyDelete