Thursday, July 22, 2010

Penting ke memberi pujian pada anak-anak..?

As salaamu 'alaikum...!

Dah lama tak update blog ni...dek kerana kemalasan..heheh..nak  katakan busy tu ..biasa-biasa jelah..tak adalah busy sesangat. Cuma..bila duk mengadap skrin ni..si kecil Haseeb mulalah gelisah, merengek..dia pun nak sibuk duk ngadap depan skrin ni jugak..tu yang malas tu..! Tapi sekarang si kecil tengah tidur..lena lah pulak. Selalunya tidur kejap je dah jaga, ni lama la pulak..bagus2, dia bagi chance kat ummi.. :)

This week target nak habiskan sesi belajar membaca Haris. Alhamdulillah..semalam dah selesai..dah khatam  dari buku 1-8(Buku siri membaca Bacalah Anakku). Dah boleh membaca dah Haris..senang hati ummi. Bila dah habis buku 8 tu, Haris excited sangat dan bertalu-talu bagitau kat adik dia Tawfeeq, " abang dah pandai baca, abang dah boleh baca suratkhabar lepas ni..". Dia pun terus cari suratkhabar dan baca. Hmmm..suka tengok gelagat dia camtu..walaupun bacaan nye tak lancar sangat..tapi dia dah boleh baca dah. Alhamdulillah lagi sekali..
So, lepas ni ummi plan nak start reading class for English pulak. Ummi pun excited nak mulakan class ni..hehehe...you just wait ye Haris..!
Prestasi Haris sekarang agak bagus. Bacaan Iqra' pun dah laju jugak..dah sampai Iqra'4. Target nak dia khatam Iqra' sebelum hujung tahun ni. Semoga Allah terangkan hati Haris dan permudahkan dia dalam menuntut ilmu.

Cerita pasal Haris lagi ni...lately tengok dia semakin rajin pulak. Bukan la nak memuji , tapi selalunya dia ni malas . Bila ummi suruh dia, dia suruh Tawfeeq. Tapi entah ape angin dia agaknye sehari dua ni...rajin mengemas..diam-diam duk kat atas..rupa-rupanye mengemas. Sampai atas almari solek ummi ni pun tersusun rapi dia kemas..hehehe..atas almari solek ummi tu mmg selalu berselerak..heheh..tapi takde la selerak sgt..cuma tak tersusun rapi. Maybe angin dia tengah baik lah tu agaknye..bila di suruh, terus buat. Tapi bila dia dah kemas elok-elok, tiba-tiba si adik dia buat selerak balik...dia punya lah bising. Sampai tak nak layan adik dia..especially Tawfeeq lah.

Macam-macam karenah budak-budak ni...

Belum yang si kecil tu lagi.. ape yang abang dia pegang , itulah yang dia nak jugak. Ape yang abang-abang dia buat, dia pun nak buat jugak.. Kalau dengan Haris, dia boleh la mengalah lagi, tapi kalau kena dengan Tawfeeq..memang gaduh dan menangis aje lah.. huhu..sian jugak tengok si abang-abang yang asyik kena mengalah.. Kadang-kadang si abang-abang ni menzahirkan jugak ketidakpuasan hati dorang.
So, sebagai parents..kenalah bijak mengatasi masalah ni. Dengan selalu memberi kata-kata pujian, diorang rasa seronok bila mengalah. Memang betul..anak-anak suka sangat bila di puji. Bukan budak je..orang tua pun suka kena puji..heheheh..sapa yang tak suke bila di puji..ye tak?

Untuk kanak-kanak, pujian adalah perangsang untuk mereka. Secara idealnya, kanak-kanak haruslah di besarkan dengan pengaruh positif iaitu dengan melebihkan ganjaran seperti kata-kata pujian,perangsang, penghargaan atau hadiah daripada hukuman sepert memarahi, mengherdik, memukul atau mendenda.

Jika sebelum ni aku seorang ummi yang mudah untuk memarahi anak-anak atas kesalahan mereka. Jarang memberi kata-kata pujian, pendek kata..ummi yang garang lah. Tapi ..sekarang, aku telah cuba mengawal kemarahan, dan sering memberi kata-kata pujian kepada anak-anak. Sekiranya diorang buat salah, berikan nasihat dan meluahkan kasih sayang aku terhadap mereka. Mungkin itulah yang membuat Haris berubah sikit, kalau dulu malas..sekarang dah rajin sikit.

Semoga Allah sentiasa memberi kan aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku...ameen.

ma'a salaama.

No comments:

Post a Comment