Monday, August 9, 2010

Ah Lan Wa Sahlan Yaa Ramadhan...

As salaamu 'alaikum...!

Alhamdulillah..tahun ni dapat lagi bertemu Ramadhan ..bulan yang di tunggu2 kedatangannya. Musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan bagi orang2 yang berpuasa ini telah pun tiba..di mana setiap detiknya dipenuhi keampunan dan keberkatan. Begitulah istimewanya bulan Ramadhan ini.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat diriku ...semoga semua amalan puasa dan amal ibadah ku pada bulan mulia ini di terima Allah swt. Semoga diriku di kurniakan rahmat, keberkatan serta keampunan-Nya.

Tahun ni Haris dah 6 tahun..dan tibalah masa untuk melatih dia berpuasa. Semoga diberikan kekuatan kapada ku dalam melatih anak ku berpuasa bersama. Tak pernah lagi dia berpuasa sebelum ni. Harap2 Haris kuat dalam menjalani ibadah puasa yang pertama baginya ini...


Sebagaimana yang kita semua tahu, Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan merupakan penghulu segala bulan. Kenapa ye? Sebabnya..pada bulan inilah Allah s.w.t menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan disamping itu juga..dalam bulan Ramadhan ni terdapat satu malam yang digelar 'Lailatu Qadar'.
Tidak ditetapkan bila berlakunya malam Lailatul Qadar itu...tetapi kita sendiri hendaklah berusaha mencari malam tersebut. So, marilah kita berusaha mencari malam yang sangat istimewa itu..dengan melakukan banyak amal ibadah. Membuat amal ibadah di malam tersebut adalah lebih baik ganjarannya daripada melakukan amal ibadah seribu bulan.

Terdapat banyak lagi kelebihan2 yang terdapat di dalam bulan Ramadhan ini. Salah satu diantaranya..semua syaitan2 dibelenggu. "Apabila datangnya Ramadhan, maka di buka pintu-pintu syurga, di tutup  pintu-pintu neraka dan di belenggu para syaitan" (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).
Yang tinggal bagi setiap diri orang Islam itu hanyalah nafsu. Sekiranya tebal iman seseorang itu, maka dia akan melepasi bulan Ramadhan dengan kejayaan..dan begitulah pula sebaliknya, jika seseorang muslim itu tidak dapat menahan hawa nafsu nya..menunjukkan nipis imannya..dan amat sukar baginya untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua dapat menahan hawa nafsu, dan di beri kekuatan iman dalam menjalani ibadah puasa ini.

Sudah tentunya, puasa Ramadhan menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah..dan kesemua ibadah hendaklah dilakukan dengan penuh ilmu dan kefahaman. Dalam satu artikel pendidikan Ramadhan yang saya baca tertulis...
~ membaca Al-Quran ialah membaca perintah & hukum Allah.
~ Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu.
~ Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat.
~ Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan & kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan.
~ Beriktikaf ialah mengasingkan diri dalam masjid dengan mengimbau kesalahan lampau untuk membaiki diri & umat.
~ Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah hingga ingin dikongsi bersama insan yang lebih memerlukan.

Marilah kita mengisi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah  dgn hati yang ikhlas hanya kerana Allah swt.


Salam Ramadhan mengakhiri entry saya pada kali ini.

ma'a salaama.

1 comment:

  1. Selamat berpose Shahriz......

    Kawan lama...... D.Shahril Hakime Azimi

    ReplyDelete